Sektor Pendidikan Islam, JPN. Perak telah mengadakan Bengkel Pengurusan Sekolah bagi Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran SABK negeri PerakPada 04-06 Jun 2014. Bengkel tersebut telah diadakan Hotel Seri Malaysia Bayan Lepas. Seramai 52 orang peserta telah dijemput ke bengkel tersebut. Beberapa orang penceramah dari JPN dan PPD telah memberikan input kepada peserta.  Bengkel ini bertujuan untuk memantap dan meningkatkan prestasi akademik di SABK. Ucaputama bengkel telah dilakukan oleh Pn. Hjh. Salmiah bt. Sabran Ketua Sektor, SPI Perak. Manakala Perasmian Penutupan bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Perak.
05 Julai 2014
 
Top