KURSUS ASAS MEMANAH PERINGKAT ZON TENGAH 2014 telah selesai dilaksanakan pada 19-21 Jun 2014. Peserta disediakan penginapan dan ceramah / teori di D'Hotel, Bandar Seri Iskandar, latihan dan praktikal dijalankan di SMKA Sultan Azlan Shah Bota. Antara penceramah yang dijemput ialah jurulatih dari Majlis Sukan Negeri (MSN), Pengerusi Teknik Memanah Negeri (PTN) dan Pegawai Pertandingan Memanah Negeri. En. Noor Azam bin Abdullah dari BPI, KPM telah hadir bersama sebagai pemantau dalam kursus tersebut. Perasmian Penutupan kursus dilakukan oleh Pn. Hjh. Salmiah bt. Sabran, Ketua Sektor, SPI, JPN. Perak.
05 Julai 2014
 
Top