9 - 13 Februari 2014 - Bertempat di Bahagian Pendidikan Teknologi Pendidikan Negeri Johor, Sektor Pendidikan Islam Bersama Sektor Khidmat Pengurusan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) bagi semua sekolah SABK Negeri Johor. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 28 Pembantu Tadbir dari sekolah tersebut.
Antara objektif bengkel adalah memberi kefahamanan kepada Pembantu Tadbir cara tadbir dan penulisan di dalam rekod Buku Perkhidmatan
Penceramah bagi bengkel ini telah dikendalikan oleh Ketua Pembantu Tadbir BPI, Cik Kamisah. Penceramah jemputan dari Bahagian Sumber Manusia dan Pegawai dari Akautan Negara Cawangan Johor.