Kursus ini telah diadakan pada 24 dan 25 Jun 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pusat Latihan Sukan Air, Teluk Kumbar. Semua pegawai SPI dan pegawai Pendidikan Islam PPD dijemput hadir ke kursus tersebut. Pengisian untuk kursus ini ialah Pengurusan MS Iso 2003 PK18, Headcount, PT3, Komunikasi Berkesan dan HRMIS (Modul Istihar Harta). Kursus ini di tutup rasmi oleh En Mohd Ghazali B Abu Bakar, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.