Bengkel Penyelarasan Latihan Dalaman Perkhidmatan SABK dan SMKA Tahun 2014
17 Jun 2014 . Bertempat di Pejabat Pendidikan Batu Pahat, Johor. Sektor Pendidikan Islam telah mengadakan bengkel penyelarasan Latihan Dalam Perkhidmatan kepada semua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Negeri Johor. Bengkel ini dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMKA, Penyelaras Latihan Sekolah ( SABK/SMKA) Penyelaras kajian tindakan. hadir sama di bengkel ini semua Ketua Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan daerah Negeri Johor.
Peserta bengkel telah di dedahkan mengenai kepentingan dan keperluan bagi semua pegawai, guru dan kakitangan di SABK / SMKA telah mengikuti kursus/latihan sekurang-kurangnya tujuh gari dan membaca dua buah buku.
Peserta juga di dedahkan pelaksanaan kurus di sekolah terutama berkaitan Headcount dan Pedagogi dengan menggunakan peruntukan waran dari peruntukan yang diberikan. Diakhir bengkel, peserta telah berbengkel berkaitan penyelarasan kursus di peringkat sekolag dengan di pantau oleh UPI, PPD masing-masing.