Unit
:
Pembangunan Profesionalisme
Tarikh Mula
:
8 Julai 2014 
Tarikh Tamat
:
 10 Julai 2014
Tempat
:
 Hotel Concorde Inn KLIA
Pengenalan
:
 Mesyuarat JK Pembangunan Profesionalisme dan Penyelidikan Bil.2 Tahun 2014 telah diadakan pada 8-10 Julai 2014 di Hotel Concorde Inn KLIA. Mesyuarat ini dianggotai oleh Pegawai Unit Pembangunan Profeionalisme BPI, Unit Penyelidikan BPI dan pegawai-pegawai latihan dan penyelidikan SPI.
Objektif
:
1) Menyelaras aktiviti latihan dan penyelidikan seluruh JPN
2) Memantau prestasi kewangan LDP BPI
3) Memenuhi keperluan SKT Sektor SPPP BPI
Pelaksanaan
:
Mesyuarat ini dianggotai oleh Pegawai Unit Pembangunan Profeionalisme BPI, Unit Penyelidikan BPI dan pegawai-pegawai latihan dan penyelidikan SPI. Semua SPI telah menghantar pegawai masing-masing kecuali WP Putrajaya yang tidak dapat hadir kerana bertembung dengan program yang lebih besar.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Us Abrar bin Idris, Ketua Sektor SPPP.

Antara agenda yang dibincangkan adalah perutusan pengerusi, laporan prestasi kewangan LDP, aktiviti kajian tindakan dan cadangan program kajian guru luar bandar dan pedalaman Sabah.

Ahli mesyuarat juga mendapat dua input baharu daripada luar. En Razlee bin Mohamad, Penolong Pengarah di BPG telah memberikan taklimat berkenaan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM, manakala Dr. Rohana Abdul Rahim Pensyarah Kanan IAB telah memenuhi slot CPD dengan membentangkan tajuk Asas Kemahiran Insaniah (Soft Skills) Untuk Bidang Pendidikan.
Impak
:
Hasil mesyuarat kali ini, laporan kewangan LDP telah dapat dikemaskini, begitu juga dengan laporan-laporan aktiviti latihan.

Program kajian  guru luar bandar dan pedalaman Sabah juga telah diputuskan untuk dilaksanakan pada bulan Ogos insya-allah.
Ulasan
:
Gambar 1
:

Gambar 2
:

Gambar 3
:


Gambar 4
:

Gambar 5
:

Gambar 6
:

08 Julai 2014
 
Top