17.7.2014 – Telupid, Sabah : Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah menjalankan Program Tahsin Al-Quran Peringkat  Daerah Telupid. Seramai 18 orang Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Penyelaras j-QAF sekolah-sekolah Daerah Telupid terlibat dalam program ini. Di Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kopetensi guru bagi meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran. Pada masa yang sama satu Bengkel Headcount Pendidikan Islam, Pendidikan Islam Elektif, dan  SPM Tahun 2014 turut berlangsung. Bengkel ini sehari ini berlangsung di Pejabat Pendidikan Daerah Telupid melibatkan 13 Guru-guru Kanan Mata Pelajaran terlibat. Di antara objektif bengkel ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kopetensi Guru-guru mata pelajaran berkaitan sekaligus meningkatkan prestasi di dalam peperiksaan SPM 2014.
18 Julai 2014
 
Top