27-29 Mei 2014 . Bertempat di Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Sektor Pendidikan Islam telah mengadakan Bengkel Kew. 8 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK ). Pengisian bengkel antaranya adalah taklimat berkaitan Pelaksanaan Penggabungan Skim Perkhidmatan PPPS dan PPPLD PP Bil 40/2013, iaitu perubahan yang erlaku kepada skim perkhidmatan dan tatacara pelaksnaan Kew. 8 terutama pegawai yang terlibat.
Peserta kursus ini terdiri dari Pembantu Tadbir ( Pentadbiran ) dari semua SABK di Negeri Johor. dan Penceramah serta fasilitator terdiri dari Ketua Kerani dan AKP dari Sektor Khidmat Pengurusan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Islam.