1.0 PENDAHULUAN

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang disiarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 menjelaskan antara lainnya memastikan semua anggota Perkhidmatan Awam mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun.

Selaras dengan itu, berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian Pendidikan Malaysia 2006-2010 telah menyarankan aspek kualiti guru dan kebajikan guru diberi fokus bagi memastikan guru yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Untuk mempertingkatkan profesionalisme keguruan beberapa pendekatan telah diambil oleh KPM dengan memperkenalkan konsep latihan dalam perkhidmatan berasaknan sekolah bagi mendukung konsep lets manager manage. Pelaksanaan latihan secara “on-site” dan school based telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah guru meninggalkan kelas.

Sehubungan dengan itu, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertujuan mempertingkatkan kompetensi Pegawai Perkhidmatan (PPP) sejajar dengan Dasar Sumber Manusia Sektor Awam 2005.


2.0 OBJEKTIF LDP “School-Based”
  1. Mendedahkan kepada inovasi terkini
  2. Meningkatkan profesionalisme keguruan
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan.
  4. Mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesional keguruan
  5. Memartabatkan profesion keguruan
3.0 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
Satu sesi ceramah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan pada hari Selasa, 27 Ogos 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat SM Agama Hidayah Islamiah. LDP yang diadakan selama 2 jam bermula jam 2.45 petang hingga 4.45 petang.

Ceramah LDP disampaikan oleh Tuan Haji Mahir bin Mohammad, Penolong Pengarah Kanan Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah. Tajuk yang disampaikan adalah Pembelajaran dan Pengajaran Yang Cemerlang SABK.

Bilangan guru yang hadir berjumlah 20 orang dan 6 orang guru tidak hadir bersebab (borang kehadiran dilampirkan)


5.0 SOALAN BENGKEL LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SABK NEGERI KEDAH

BIL
SOALAN
CATATAN
1
Rangka satu plan tindakan yang lengkap oleh panitia sekolah bagi mengadakan Minggu bahasa Arab

2
Sediakan satu kertas cadangan untuk dibentang dalam Mesyuarat JK Kurikulum sekolah bagi menangani isu peratus lulus bahasa inggeris yang rendah.

3
Sebagai Pengetua apakah tindakan drastik yang perlu dilakukan bagi menangani masalah murid tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

4
Nyatakan kepincangan-kepincangan pengurusan akademik oleh pentadbir sekolah anda. Jelaskan punca dan cara mengatasi.

5
Sebagai seorang guru cadangkan satu rancangan pembelajaran yang menarik.



6.0 SENARAI KEHADIRAN


6.0 BAHAN BENGKEL

Dilampirkan bersama.



7.0 KESIMPULAN

Program ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Para guru dapat menjalinkan hubungan lebih akrab dan seterusnya dapat melahirkan warga kerja yang produktif, proaktif dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.



05 November 2013
 
Top