LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP ) SMA ISLAHIAH ( SABK ) KG. DINGIN MAHANG

TARIKH         : 24 OGOS 2013
HARI              : SABTU
MASA             : 8.00 PAGI – 4.30 PETANG
TEMPAT       : BILIK SEMINAR PPDKBB

1.0  PENDAHULUAN

Latihan Dalam  Perkhidmatan merupakan satu latihan yang berorientasikan model defisit, dimana ianya merupkan program yang dirancang berasaskan andaian bahawa guru-guru serba kekurangan dalam pengetahuan dan kemahiran tertentu. Oleh itu adalah menjadi tanggujawab sekolah untuk merangka latihan yang bersesuaian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru di sekolah. Oleh itu, satu organisasi LDP telah ditubuhkan disekolah untuk merangka aktiviti yang bersesuain bagi meningkatkan kemahiran guru di sekolah.

2.0  OBJEKTIF

2.1  Membantu guru meningkatkan kualiti PdP dalam bilik darjah.
2.2  Membantu guru meningkatkan imej diri sebagai seorang guru yang berketrampilan sesuai dengan profesion perguruan.
2.3  Memberi motivasi kepada guru.


3.0  FASILITATOR

3.1  Tn. Hj. Zulkifli bin Hj. Ghozali
( Penolong Pengarah, Penyelaras Bantuan Sekolah Agama )
3.2  Tn. Hj. Mohd Shauqi b. Ismail
( Pen. Pengarah Kanan Pend. Islam Teras Menengah )

4.0  SASARAN

Semua guru dan staf. Senarai kehadiran rujuk lampiran 2

5.0  TENTATIF PROGRAM

8.00 am   : Pendaftaran
                    Minum pagi
8.30 am   : LDP Slot 1
                    ( Tn. Hj. Zulkifli b. Hj. Ghozali )
10.30 am : Rehat
11.00 am : LDP Slot 2
                    ( Tn. Hj. Mohd Shauqi b. Ismail )
1.00 pm   : Rehat
2.30 pm   : Bengkel
4.30 pm   : Program tamat

6.0  JAWATANKUASA
Pengerusi
Pn. Hjh Maznah bt. Wadin
( Pengetua SMAI )

Tim. Pengerusi 1
En. Termizi b. Abdullah
( PK Pentadbiran )

Tim. Pengerusi 2
En. Mahyiddin b. Mat Jaya
( PK HEM )

Setiausaha
Shahidan b. Ramli

Pendaftaran
Pn. Noor Asiah bt. Hj. Hamzah

Siaraya/Teknikal
En. Muhamad Husni b. Hj. Zakaria

Jamuan
Pn. Salmah bt. Hj. Karim
Pn. Noor Zalina bt. Marzuki

7.0  HASIL PROGRAM

7.1  Kelebihan Program
-       Melalui ceramah yang disampaikan ia dapat membantu guru meningkatkan imej diri
-       Meningkatkan lagi kualiti PdP di dalam kelas.

7.2  Kelemahan Program
-       Program yang dirancang tidak dapat dijalankan pada masa yang ditetapkan. Ini disebabkan masalah LCD yang tidak berfungsi dengan baik.

7.3  Penambahbaikan
-       AJK siaraya/teknikal perlu menyediakan LCD tambahan.

8.0  PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, program ini dapat berjalan dengan lancar dan diharap dapat diteruskan di masa akan datang dengan mengambilkira aspek penambahbaikan. Ini adalah penting bagi meningkatkan lagi tahap profesionalisme guru SMA Islahiah ( SABK ).


Disediakan oleh


............................................
( SHAHIDAN BIN RAMLI )
   Setiausaha LDP
   SMA Islahiah ( SABK ) Kg. Dingin Mahang
   09500 Karangan Kulim
   Kedah








               














LAMPIRAN 1 :

Ceramah disampaikan oleh Tn. Hj. Zulkifli b. Hj. Ghozali

            
Para guru dan staf sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tn. Hj. Zulkifli b. Ghazali
Dan Tn. Hj Mohd Shauki b. Ismail


Ceramah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Shauqi b. Ismail





       
Aktiviti bengkel


         
Aktiviti bengkel


          
Perbentangan oleh setiap kumpulan






LAMPIRAN 2

02 November 2013
 
Top