SEKOLAH MENENGAH
AGAMA NURUL ISLAM
06150 AYER HITAM
LAPORAN
KESELURUHAN
LATIHAN
DALAM PERKHIDMATAN ( LDP )
TARIKH :
24
OGOS 2013 HINGGA 26 OGOS 2013
TEMPAT :
PERPUSTAKAAN
SEKOLAH MENENGAH AGAMA NURUL ISLAM
DISEDIAKAN OLEH :
JASNINDA ABU
BAKAR
PENOLONG
SETIAUSAHA
LATIHAN DALAM
PERKHIDMATAN
SEKOLAH MENENGAH
AGAMA NURUL ISLAM
LAPORAN SEBELUM
PROGRAM
Biro Siaraya/
Media/ Jurukamera
Kami
telah membuat beberapa persediaan mengikut bahagian tugas yang telah
ditetapkan supaya Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) ini dapat diadakan
dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kami telah bekerjasama antara
satu sama lain untuk mengelakkan sebarang masalah. Cikgu Mohd Syaufi
B. Yaacob bertindak sebagai jurukamera dalam program ini.
Biro Makanan
Kami
telah berhubung dengan pihak dewan makan asrama sekolah mengenai
makanan tenghari untuk guru-guru semasa program ini berlangsung.
Biro Cenderamata
Kami
telah membeli cenderamata di Merimbun Nursery sebagai penghargaan
kepada penceramah pada hari kedua program.
Biro Protokol /
Jemputan
Kami
telah menjemput wakil pihak daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah untuk memberikan ceramah tentang pembelajaran
dan pengajaran cemerlang.
LAPORAN SEMASA
PROGRAM
Latihan
dalam Perkhidmatan ini diadakan selama tiga hari dua malam iaitu
bermula pada 24.8.2013 hingga 26.8.2013 bertempat di Perpustakaan
Sekolah Menengah Agama Nurul Islam. Seramai 29 orang guru terlibat
dengan program ini termasuk Pengetua, PK Pentadbiran, PK Hal Ehwal
Murid dan PK Kokurikulum. Antara objektif program ini dilaksanakan
ialah untuk memberi pededahan kepada para guru tentang pembelajaran
dan pengajaran yang cemerlang dan mengenai pengurusan di dalam bilik
darjah. Program ini bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada
pukul 4.30 petang.
Pada
hari pertama, Pengetua Sekolah iaitu Tuan Haji Omar Bin Saad telah
menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya pembahagian kumpulan.
Terdapat lima kumpulan yang terdiri daripada lima orang guru dalam
setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberikan soalan yang berbeza.
Guru-guru akan berbincang dalam kumpulan masing-masing mengikut tajuk
soalan yang telah disediakan. Terdapat empat orang fasilitator yang
akan membantu kumpulan-kumpulan guru menyelesaikan tugasan
berkumpulan iaitu Pengetua, PK Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid dan PK
Kokurikulum.
Pada
hari kedua program pula ceramah bertajuk Pembelajaran dan Pengajaran
Cemerlang yang disampaikan oleh wakil pihak iaitu Ustaz Abdullah Sani
daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Pelbagai input yang berguna telah kami perolehi semasa mendengar
ceramah tersebut. Manakala pada hari ketiga pula pembentangan oleh
setiap wakil kumpulan mengenai tugasan berkumpulan yang telah
diberikan. Program ini diadakan di Bilik Mesyuarat dan pembentangan
dibuat menggunakan LCD. Terdapat kumpulan yang menyediakan slaid
dalam bentuk power
point
dan ada juga dalam bentuk word.
Program ini selesai pada pukul 4.30 petang.
LAPORAN SELEPAS
PROGRAM
Rumusannya,
segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan seperti yang
dijadualkan. Sekiranya program ini diadakan lagi di masa hadapan,
kami akan menangani segala kekurangan yang ada untuk penambahbaikan
bagi program yang akan diadakan lagi nanti. Selain itu, kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam program ini secara langsung dan tidak langsung khususnya pihak
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah serta tidak
dilupakan juga kepada guru-guru yang terlibat dengan program ini.