SEKOLAH MENENGAH AGAMA SUNGAI PETANI
LAPORAN BENGKEL LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SABK NEGERI KEDAH 2013
PENDAHULUAN
Sektor Pendidikan Islam bersama-sama Unit Latihan Dalam Perkhidmatan SMA Sungai Petani telah berjaya menganjurkan bengkel bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua guru mengenai teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sejajar dengan seruan kerajaan untuk melahirkan golongan pendidik berpotensi dan berdaya maju. Selain daripada itu, melalui bengkel yang dianjurkan juga mampu melahirkan insan yang berupaya serta merealisasikan sistem kurikulum di SMASP dengan lebih berkesan serta memartabatkan pendidikan ilmu pengetahuan yang sistematik.
PELAKSANAAN
Anjuran : Sektor Pendidikan Islam, JPN dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
SMASP
Tempat : Bilik Media SMASP
Tarikh : 25 – 27 Ogos 2013 (2.30 – 4.30 petang)
OBJEKTIF
  1. Membantu guru meningkatkan amalan PdP yang telah dilaksanakan bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
  2. Memahami dan menghayati dengan mendalam falsafah, konsep dan objektif PdP.
  3. Merancang usaha penambahbaikan berterusan ke atas amalan PdP akan datang.
JUMLAH PESERTA
25 Ogos 2013 – orang
26 Ogos 2013 – orang
27 Ogos 2013 – orang
FASILITATOR
25 Ogos 2013 – Ustaz Zulkifli Bin Ghozali (Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan
Islam, Jabatan Pelajaran Kedah )
26 Ogos 2013 – Tuan Hj Bakri Bin Omar (PK Pentadbiran/ PK Kurikulum)
27 Ogos 2013 – Tuan Hj Bakri Bin Omar (PK Pentadbiran / PK Kurikulum)

PENUTUP
Secara keseluruhannya bengkel ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan pada masa akan datang bengkel seumpama ini dapat dianjurkan lagi bagi memastikan guru-guru dapat meningkatkan profesionalisma diri mereka.
Di sediakan oleh :
.................................................
(NORAZIAN BINTI TA’AT)
S/U LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
SEKOLAH MENENGAH AGAMA SUNGAI PETANI

























BAHAN BENGKEL










KUMPULAN 2:
NAMA AHLI KUMPULAN:
  1. CIK SYAHILAH BT. MD. SALLEH
  2. PN. YUSNI BT. CHE YUSUF
  3. PN. JALILAH BT. ABU BAKAR
  4. PN. FADZILAH BT. MD. JUSOH
  5. PN. BUSHRO DINA BT. TAIB


SOALAN 1: Rangka satu plan tindakan yang lengkap oleh panitia sekolah bagi mengadakan minggu
Bahasa Arab.
PLAN TINDAKAN MINGGU BAHASA ARAB 2014
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA SUNGAI PETANI
BIL
PERKARA
TINDAKAN
TARIKH
1
Mesyuarat kurikulum
Pentadbir sekolah
Disember 2013
2
Mesyuarat J/K induk kurikulum
  • Perbincangan tarikh
PK1, GKB, KP
Januari 2014
3
Mesyuarat Panitia 1
  • Perbincangan aktiviti
  • Pengagihan tugas
  • kewangan
Ketua Panitia
Januari 2014
4
Mesyuarat Panitia 2
  • Maklum balas ajk kecil
Ketua Panitia
Februari 2014
5
Hebahan kepada pelajar
  • Iklan
AJK Panitia
Februari 2014
6
Pelancaran perasmian Minggu Bahasa Arab
-aktiviti sepanjang minggu Bahasa arab
Ketua Panitia

AJK terlibat
Mac 2014
7
Perasmian penutup
  • Pengumuman pemenang
  • Penyampaian hadiah
Ketua Panitia
AJK terlibat
Mac 2014
8
Post morterm
Ketua Panitia
AJK Panitia
Mac 2014




*Aktiviti sila rujuk lampiran 1





LAMPIRAN 1


SENARAI AKTIVITI DAN KEWANGAN
BIL
AKTIVITI
KEWANGAN AKTIVITI
1
Pameran
RM20
2
Kuiz
RM20
3
Kalimatussobah
-
4
Hiwar
-
5
Khat
RM20
6
Maqal
-
7
Khitobah
-















KUMPULAN 3:
NAMA AHLI KUMPULAN:
  1. PN. ROS ZAIAZLIN BT. MOHD HANAPI
  2. PN. NUR FARHANA BT. ABD. HALIM
  3. PN. HAFIZOH BT. HASSAN
  4. PN. HASMAVIZA BT. OMAR
  5. EN. MUHAMMAD FAHMEE B. MAHAMUD


SOALAN 2: Sediakan satu kertas cadangan untuk dibentang dalam Mesyuarat JK Kurikulum sekolah
bagi menangani isu peratus lulus bahasa inggeris yang rendah .





























KERTAS CADANGAN MENANGANI
ISU PERATUS LULUS BAHASA INGGERIS (PMR)
YANG RENDAH




DISEDIAKAN OLEH:

PANITIA BAHASA INGGERIS
SMA SUNGAI PETANI




KERTAS CADANGAN
PENINGKATAN PERATUS BAHASA INGGERIS PMR 2013


PENGENALAN
Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk menangani isu peratus lulus Bahasa Inggeris yang rendah dalam peperiksaan PMR dengan menganjurkan aktiviti Panitia Bahasa Inggeris untuk murid-murid tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani Bedong.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan peratus lulus Bahasa Inggeris
  • Menjalankan aktiviti Panitia Bahasa Inggeris bagi tahun 2013
  • Menanam minat para pelajar untuk mendalami dan menguasai subjek Bahasa Inggeris
  • Menambah pengetahuan pelajar dalam bidang bahasa
  • Menggalakkan pembelajaran Bahasa Inggeris secara langusung atau tidak langsung

RASIONAL
Sebagai satu cara supaya murid-murid lebih meminati Bahasa Inggeris, program seperti minggu bahasa perlu diadakan agar pelajar-pelajar dapat menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih yakin dalam kehidupan seharian. Melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan diharap dapat meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua kita dan memberi impak yang besar bagi meningkatkan peratusan PMR 2013.

ISU-ISU PERATUSAN RENDAH BAHASA INGGERIS (PMR)
Rujuk lampiran 1 (analisis persekitaran SWOT)

SASARAN
Semua murid tingkatan 1 – 3.
Tarikh pelaksanaan aktiviti/program : Sepanjang tahun mulai Januari 2013 sehingga November 2013.
Tempat : sekitar kawasan SMA Sungai Petani Bedong



AKTIVITI/PROGRAM
a) Minggu Bahasa Inggeris (English Week):
i. Reading Contest
ii. Spelling Bee
iii. Word Puzzle
iv. Crossword Puzzle
v. Dictation
vi. Story Telling
vii. Writing Short Story
viii. Reciting Poem
b) Sudut Bahasa Inggeris (English Corner)
c) Melabel benda dan tempat di sekitar sekolah (Label things/places)
d) Menonton Movie (Watching Movies / Listening to music or songs)


PENUTUP
Adalah diharapkan kertas cadangan ini mendapat kelulusan dan perhatian dari pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.























Lampiran Swort SMASP
SMASP BEDONG
ANALISIS PERSEKITARAN “SWOT”
MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS PMR 2012

KEKUATAN (S)
KELEMAHAN (W)
S1
Sebahagian guru B.I. mempunyai pengalaman luas dalam P&P.

S2.
Kemudahan peralatan multimedia membolehkan guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dengan lebih berkesan.

S3.
Program Panitia telah dirancang dengan teliti bagi membantu meningkatkan prestasi pelajar 

W1.
Take Off Value (TOV) pelajar adalah sederhana. Tahap penguasaan bahasa pelajar kurang memuaskan.

W2.
Pelajar tidak boleh membina ayat dengan baik.

W3.
Kebanyakan pelajar menghadapi masalah untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

PELUANG (O)
CABARAN (T)
O2.
Pihak sekolah mengalakkan pembelian dan penambahan koleksi bahan multimedia bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran.



T1.
Pelajar mempunyai tanggapan negatif serta tidak minat mempelajari Bahasa Inggeris.

T2.
Pelajar berasa malu dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

T3.
Pelajar kurang minat membaca.

ISU-ISU PERATUS LULUS BAHASA INGGERIS YANG RENDAH DI SMASP.
SENARAI ISU-ISU STRATEGIK :

Daripada analisis persekitaran “SWOT” (khususnya faktor kelemahan dan cabaran), isu-isu strategik yang telah dikenalpasti ialah :

1.Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Peperiksaan PMR
tidak memberangsangkan dari segi indeks GP sekolah.
2.Pelajar lemah dalam penguasaan bahasa khususnya dalam
pembinaan ayat.
3.Sikap negatif pelajar yang tidak minat mempelajari Bahasa Inggeris memberi
kesan besar terhadap prestasi mereka bagi subjek ini.
KUMPULAN 4:
NAMA AHLI KUMPULAN:
  1. PN. SAIDATU SHIMA BT. SUAIB
  2. PN. MARDIYANA BT. MOHD NAYAN
  3. PN. NOOR AZLINA BT. SHAMSUDDIN
  4. PN. NORAZIAN BT. TA’AT
  5. PN. NORHASNIDA BT. MUKHTAR


SOALAN 4: Nyatakan kepincangan-kepincangan pengurusan akademik oleh pentadbir sekolah anda.
Jelaskan punca dan cara mengatasi.


BAHAGIAN
PUNCA
CARA MENGATASI
Pengurusan panitia
  • Kurang pemantauan oleh pentadbir.

  • Perancangan strategik panitia yang lemah.
  1. Pemantauan fail panitia secara berkala.

  1. Mengedarkan manual prosedur kerja kepada setiap Ketua Panitia.
  2. Mengumpul perancangan strategik panitia untuk menghasilkan perancangan strategik kurikulum.
Agihan tugas-tugas khas
  • Beban tugas yang tidak seimbang.
  1. Pentadbir perlu mengagihkan tugas dengan seimbang mengikut bahagian.
MMI (melindungi masa interaksional)
  • Kurang pemantauan kepada diari kelas.


  • Kurang pemantauan keluar / masuk guru semasa waktu persekolahan.
  1. Kenalpasti guru / pelajar yang bermasalah mematuhi MMI.
  1. Perbincangan dua hala antara pentadbir dan guru yang terlibat.
  2. Meminta surat tunjuk sebab.
Program kecemerlangan
  • Perancangan yang lemah dan pelaksanaan yang kurang berkesan.










  • Tiada postmortem dan maklum balas selepas selesai sesuatu program.
  1. Program perlu dijalankan mengikut takwim tahunan sekolah.
  2. Pentadbir perlu selaraskan takwim bagi setiap unit.
  3. Sediakan plan kedua sekiranya berlaku pertindihan program yang diarahkan oleh pihak atasan.

  1. Pentadbir perlu menjalankan postmortem dan mengambil tindakan susulan.
  2. Rancang penambahbaikan bagi program akan datang.

Peperiksaan
  • Keputusan peperiksaan tidak mencapai target.
  1. Pentadbir mengenalpasti dengan lebih awal panitia yang bermasalah.
  2. Memantauan pdp guru di dalam kelas bagi mata pelajaran kritikal.
  3. Menjalankan soal selidik dan maklum balas pelajar terhadap pdp guru.
Pengurusan kewangan
  • Peruntukan kewangan yang terhad.
  1. Jawatankuasa Pemuafakatan perlu bertindak dan berusaha mencari serta mengumpul dana sekolah.
Pengurusan jawatankuasa kurikulum
  • Bilangan mesyuarat tidak cukup.


  • Surat menyurat tidak selaras (surat edaran) mengikut hirarki jawatankuasa kurikulum.
  1. Menjalankan mesyuarat mengikut takwim.

  1. Mengadakan sistem fail surat menyurat yang lebih sistematik dan berkesan
  2. Memantau dan mengemaskini fail peribadi guru yang lengkap.
Jadual waktu
  • Peruntukan masa akademik yang kurang.
  1. Menambahkan jumlah masa PdP bagi subjek akademik yang bersesuaian.



KUMPULAN 1:
NAMA AHLI KUMPULAN:
  1. PN. NAJWA BT. ZUBER
  2. PN. SHARIFAH BT. MOHD MAHAYUDDIN
  3. PN. SAA’IDAH BT. ABU HASSAN
  4. PN. UMI SALMAH BT. YEOP
  5. PN. MAWAR BT. ISMAIL
SOALAN 5: Sebagai seorang guru cadangkan satu rancangan pembelajaran yang menarik.
















RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN ISLAM








Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Kelas : 1 Al – Farabi
Tarikh : 25 Ogos 2013/ Ahad
Bilangan Pelajar : 40 orang
Masa : 8:20 pagi – 9:30 pagi (70 minit)
Tajuk Umum : Ibadat
Tajuk Pelajaran : Tayammum
Objektif Umum : Pelajar dapat mengetahui konsep Tayammum dengan betul
serta kepentingannya dalam kehidupan
Objektif khusus : Pada akhir proses , pengajaran dan pembelajaran ,pelajar dapat
  1. Menyebut pengertian Tayammum
  2. Membanding beza antara Tayammum dengan berwudu’
  3. Melaksanakan Tayammum dengan betul
  4. Membezakan syarat dan hukum Tayammun
  5. Menyebut semula lafaz dan niat Tayammum dengan betul
  6. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga perkara sunat ketika bertayamun dan dua perkara yang membatalkan Tayamum
  7. Menunjukkan cara Tayammum dengan betul
Pengetahuan : Pelajar dapat mengetahui tentang pentingnya kebersihan
Sedia ada dalam Islam dan kehidupan seharian
Gabung jalin : Aqidah dan Al-Quran



Penerapan Nilai : Bersyukur,Istiqamah,Bersih dan Jujur
Pendekatan : Berpusatkan Guru dan Pelajar
Kaedah : Perbincangan, Penyoalan, Syarahan,Tunjuk cara
Nilai-nilai : Kebebasan, Keberanian, Kerajinan, Rasional
KBKK : Mencirikan, Menjana Idea, Menghubungkait
Kemahiran Berfikir : Menghayati kepentingan Tayammum bagi meneruskan Ibadat
Solat ketika ketiadaan air dan sebab-sebab tertentu yang lain.
BBM : Papan putih , Gambar , Bedak, Botol ,Kad ,Surat Khabar ,
Buku Teks, Buku Rujukan ,Video dan Air










Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi/ Kaedah/ ABM/ Nilai/KBKK
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar

Pendahuluan
( 2 minit )
Doa pelajar

Guru mengarahkan ketua kelas untuk memimpim bacaan doa



Pelajar menyikut beramai-ramai
Nilai : Kusyuk
Set Induksi
(5 minit)
Pengenalan
Tayammum
1. Guru menunjukkan sebotol air.
2. Guru menyoal murid tentang kegunaan air dan apa yang akan kita lakukan sekiranya tiada air untuk berwuduk.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk .

1. Murid melihat air ditunjukkan oleh guru.
2. Murid menjawap soalan guru secara individu.
Strategi : Berpusatkan guru & pelajar.
Kaedah : Penyoalan, Perbincangan.
ABM :
Benda Maujud Air.
Nilai : Keberanian, kebebasan, rasional.
KBKK : Menjana Idea, mencirikan
Langkah 1
(12 minit)
Pengertian Tayammum
Maksud : Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat dan disertai niat .

Sebab tayammum: sakit yang tidak boleh kena air, Ketiadaan air , ada air tetapi cukup untuk keperluan diri dan ternakan, cuaca terlalu sejuk.
1. Guru memilih 3 orang murid untuk membacakan pengertian mengenai tayammum yang terdapat dalam buku teks.
2. Guru menyoal murid tentang pengertian tayammum dan sebab tayammum.
3. Guru menerangkan maksud sebenar tayammum dan sebab-sebab diharuskan bertayammum.
4. Guru menayangkan Slaid dan meminta murid membaca secara beramai-ramai
1. 3 orang murid keluar kehadapan untuk membacakan pengertian mengenai tayammum dan murid lain mendengar dengan teliti .
2. Murid memberi pendapat mereka berkaitan pengertian tayammum dan sebab diharuskan bertayammum
3. Murid mendengar setiap penerangan guru dengan prihatin.
4. Murid membaca secara beramai-ramai.
Strategi : Berpusatkan pelajar dan guru
Kaedah : Penyoalan, Perbincangan, syarahan
ABM :
Kad dialog
Nilai : Keberanian, kebebasan, kesyukuran.
KBKK : Mencirikan, menghubungkait
Langkah 2
(12 minit)
Cara-cara melakukan tayammum.
1.   Niat
2.   Menyapu debu tanah ke muka.
3.   Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku


1. Guru menunjukkan video cara-cara melakukan tayammum kepada murid.
2. Guru menyoal pelajar tentang pemahaman mereka berkaitan video tersebut.
3. Guru menerangkan cara melakukan tayammum dan meminta murid membaca tayammum secara beramai-ramai, berkumpulan dan secara individu
1. Pelajar melihat video cara melakukan tayammum
2. Pelajar menyatakan pemahaman mereka berkenaan video tersebut.
3. Pelajar mendengar setiap penerangan guru dengan prihatin.
Strategi : Berpusatkan pelajar dan guru.
Kaedah : Penyoalan, syarahan.
ABM :
Video
Nilai : Kerajinan, kebebasan, rasional.
KBKK : Mencirikan, menghubungkait
Langkah 3
(15 minit)
Cara-cara melakukan tayammum.
1.   Niat
2.   Menyapu debu tanah ke muka.
Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku


1. Guru meminta murid membentuk 4 kumpulan
2. Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan cara melakukan tayammum.

3. Guru meminta wakil dari setiap kumpulan untuk melakukan tayammum dihadapan kelas.
4. Guru membetulkan kesalahan murid dalam melakukan tayammum.
1. Murid bergerak membentuk 4 kumpulan.
2. Pelajar berbincang dalam kumpulan kecil cara melakukan tayammum
3. Seorang wakil murid dalam kumpulan melakukan tayammum.

4. Murid mendengar penerangan guru.


Strategi : Berpusatkan pelajar dan pelajar.
Kaedah : Penyoalan, Perbincangan.
Tunjuk cara
ABM :
Debu tanah
Nilai : Keberanian, kebebasan, rasional.
KBKK : Mencirikan, menjana idea, menghubungkait





Langkah 4
(20 minit)
Pengukuhan dan pengayaan diri pelajar.

Lembaran kerja
1. Guru mengedar lembaran kerja kepada murid .
2. Guru meminta murid menjawab solan secara bertulis.
3. Guru berbincang dan menyemak jawapan bersama-sama murid
1. Murid menerima dan menulis jawapan pada lembaran kerja
2. murid-murid sama membincang jawapan dengan guru.
Strategi : Berpusatkan pelajar.
Kaedah : Perbincangan
ABM :
Lembaran kerja

Nilai : Keberanian, kebebasan, rasional.
KBKK : Mencirikan, menjana idea, menghubungkait
Penutup
(4 minit)
Rumusan
1. Guru membuat rumusan dari tajuk yang diajar.
1. Murid mendengar rumusan dari guru

Penilaian

Sebelum pelajar yang terpilih membuat demontrasi guru meminta :
  1. Guru meminta semua pelajar menyebut lafaz niat tayammum dengan kuat dan betul
  2. Kemudian guru memilih 2 atau 3 orang untuk menyebut semula lafaz niat tayammum dengan betul. Guru memberi maklumbalas tentang bacaan pelajar.
2. Dua orang pelajar diminta membuat demontrasi di hadapan kelas dengan kaedah yang betul. Sambil berdemontrasi guru meminta pelajar tersebut menyatakan dan menunjukkan sekurang-kurangnya tiga perkara sunat ketika bertayammum. Pelajar lain pula, membantu dan memberi jawapan.Guru memberi maklumbalas








Rumusan
  1. Guru menegaskan bahawa tayammum ini boleh dilakukan atas-atas sebab tertentu seperti ketiadaan air untuk meneruskan solat.
  2. Guru menasihati pelajar agar menjaga solat dalam kehidupan seharian tidak kira dimana dan bagaimana keadaan sekalipun.

Latihan Susulan
Guru memberi kerja rumah dengan soalan berikut :-
  1. Apakah hukum bertayammum dengan bedak bagi mengantikan debu seperti yang baru sahaja didemontrasikan tadi ?
  2. Kenapa anggota Tayammum tidak sama dengan anggota wuduk ? Kenapa hanya muka dan tangan sahaja sedangkan tayammum itu adalah sebagai penganti wuduk untuk mengantikan tayammum ?

Jawapan soalan ini dibincangkan pada kelas yang akan datang
















FOTO
SEKITAR BENGKEL























05 November 2013
 
Top