Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang,18 November. Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Pahang telah berjaya melaksanakan Bengkel Pemantapan laman web bagi tahun 2013. Bengkel ini yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Pendidikan Islam ( UPPI ) melibatkan 15 orang pegawai dari Unit UPPI, IPA dan PDSI. Menurut Pengurus Projek Bengkel ini Puan Jamilah bin Mohamad ianya bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan laman web SPI. Laman web ini telah mula beroperasi pada tahun 2012 dan hanya beberapa orang pegawai sahaja yang terlibat mengendalikannya. Oleh itu bengkel kali ini bagi memperluaskan lagi penglibatan pegawai di samping beberapa elemen tambahan seperti kaedah upload gambar, dan photoscape bagi menghasilkan berita yang lebih berkualiti.
Bengkel 2 hari bermula 18 November 2013 dilaksanakan di BTPN Beserah dan mendapat kerjasama padu daripada Unit ICT BTPN diketuai oleh Haji Abdul Mua'ais bin Haji Lokman. Semua pegawai yang terlibat di dalam bengkel ini melahirkan rasa gembira dan berpuas  hati dengan input yang diterima daripada barisan fasilitator dan mereka mengharapkan bengkel ini dapat meningkatkan kefahaman dalam penggunaan ICT. Bengkel ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Ustaz Mohmmad Ridzuan bin Mohmed Daud.
19 November 2013
 
Top