Para peserta program tersebut adalah terdiri dari kalangan guru-guru Pendidikan Islam dari sekolah-sekolah missionari yang terdapat dibeberapa buah daerah iaitu di Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Beaufort, Papar dan Kuala Penyu.
Program ini yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah dirasmikan penutupannya oleh Puan Hajjah Maimunah Hj. Suhaibul Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Puan Hajah Maimunah menegaskan pentingnya kerjasama erat daripada semua guru dalam usaha untuk menyalurkan ilmu kepada anak didik di sekolah terutamanya pendidikan agama menjanjikan kejayaan dan kesempurnaan masa depan mereka.
Antara Urus Setia yang bertugas.
Majlis Perasmian oleh Puan Hajjah Maimunah Hj. Suhaibul
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.