29.07.2015 (Rabu) - Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganjurkan Bengkel KBAT Guru Bahasa Arab Menengah Atas Tahun 2015. Bengkel ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) yang melibatkan seramai 40 orang guru Bahasa Arab.
Ust Mohd Fadhilah Bin Zulkafli
JU Bahasa Arab
Para peserta telah diberikan pendedahan tentang teori, konsep, peranan, cara pembinaan Item KBAT dan sebagainya dalam bidang Bahasa Arab Menengah Atas. Disamping itu, para peserta juga telah diberikan peluang untuk cuba mengaplikasi pembinaan item KBAT Bahasa Arab secara amali praktikal di dalam kumpulan.
Alhamdulillah, kerjasama dan respon daripada pihak peserta amat baik dan diharapkan agar segala ilmu yang telah dikongsi bersama ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya di sekolah masing-masing nanti.
31 Disember 2015
 
Top