Al-Fadhil Ust Amir Rahman
Menyampaikan bidang Tarannum al-Quran
30 Julai 2015 (Khamis) - Bertempat di Dewan Seminar, Pejabat Pendidikan Daerah, Daerah Kuala Pilah telah diadakan Bengkel Pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran anjuran Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Program ini telah melibatkan 46 orang peserta daripada 46 buah sekolah. Manakala penceramah undangan bidang Qiraat as-Sab'ah al-Fadhil Ust Abdul Syukor Bin Mustafa dan penceramah undangan bidang Tarannum al-Quran al-Fadhil Ust Amirahman Bin Abas merupakan Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2011, dan dibantu oleh 5 orang fasilitator yang berpengalaman dalm bidang masing-masing.
Al-Fadhil Ust Abdul Syukor
Menyampaikan bidang Qiraat as-Sab'ah

Bengkel ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada guru KKQ berkaitan sukatan pelajaran tingkatan empat KKQ yang mana 15 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Sembilan bakal melaksanakannya pada tahun 2016. Para peserta diberikan penekanan tentang ilmu Qiraat as-Sab'ah dan ilmu Tarannum al-Quran secara teori dan amali praktikal.
Alhamdulillah, para peserta telah memberikan komitmen dan kesungguhan yang baik dalam mendalami kedua-dua bidang ilmu yang disampaikan. Disamping itu program ini juga dapat menambah keyakinan mereka untuk mengajar kedua-dua bidang ilmu ini kepada para pelajar di sekolah nanti.

31 Disember 2015
 
Top