25 Mac 2015 (Rabu) - Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganjurkan Bengkel Pembinaan Item KBAT Bagi Subjek Pendidikan alQuran alSunnah (PQS) dan Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) bertempat di Balai Semarak, Pejabat Pendidikan Daerah Rembau. Seramai 34 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut dan dibahagikan kepada kumpulan PQS dan PSI. Ustazah Fatimah Awang telah membentangkan Cara Pembinaan Item KBAT PQS, manakala Pembinaan Item KBAT PSI pula telah disampaikan oleh Ustaz Aimi Bin Hamzah. Kedua-dua penceramah merupakan Guru Cemerlang dalam bidang masing-masing.
Dalam bengkel ini para peserta telah didedahkan tentang konsep, peranan dan teori KBAT. Seterusnya para peserta juga didedahkan cara pembinaan Item KBAT secara berkumpulan mengikut bidang dalam PQS dan PSI. Secara keseluruhannya, bengkel ini amat relevan dilaksanakan dan dianjur tambah lagi agar guru yang terlibat dapat meningkatkan lagi pengetahuan profesionalisme dalam bidang masing-masing.
Bengkel Bengkel Pembinaan Item KBAT Bagi Subjek Pendidikan alQuran alSunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Shahrir Bin Abdul Ghani, Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
31 Disember 2015
 
Top