29 – 31 Mei 2015 (Jumaat, Sabtu & Ahad) - Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam dengan kerjasama Yayasan Munarah telah menganjurkan Program Kem Kembara Ilmu Yayasan Munarah SPM Tahun 2015 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson. Antara objektik program ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang teknik menjawab peperiksaan SPM disamping persediaan-persediaan yang boleh membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM nanti.
Pendaftaran Peserta Kem

Antara pengisian yang dilaksanakan pada hari pertama :


  1. Pendaftaran para peserta.
  2. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Abdul Hafiz Bin Azarai, wakil daripada Sektor Pendidikan Islam (SPI), JPNS. 
  3. Slot 1 - Pendidikan Syariah Islamiah dibentangkan oleh Ust Aimi bin Hamzah, dari Smka Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail.
  4. Slot 2 - Bahasa Inggeris disampaikan oleh Puan Roszita binti Ahmad, dari SMA Telok Kemang.
  5. Slot 3 - Sejarah dikongsi mesra oleh penceramah dari SM Sains Tunku Jaafar, Mohd Rozi bin Ibrahim.

Hari kedua :
Perkongsian PSI
oleh Ust Aimi Bin Hamzah
  1. Slot 4 – Sains disampaikan oleh Puan Siti Nor Aisyah bt Mohd Nor, merupakan guru Sains di SMA Rantau.
  2. Slot 5: Pendidikan Quran & Sunnah dibimbing oleh Ustazah Fatimah bt Awang, guru dari SMAP Labu.
  3. Slot 6: BahasaMelayu dikendalikan oleh En. Adnan B. Harun, merupakan guru cemerlang dari SM Sains Tuanku Munawir.
  4. Aktiviti  ‘Astronomi Observation’. ‘Astronomi Observation’ merupakan satu aktiviti bagi pelajar melihat keindahan ciptaan Allah di langit.
Hari ketiga :
  1. Slot 7 – Bahasa Arab dibentang oleh Ustaz Farizan Bin Hassan dari SMAP Labu.
  2. Slot 8 – Matematik dibimbing oleh Cikgu Azizan Bin Mohd Ali dari SMK Jelai (F).
  3. Majlis perasmianUcapan penutup disampaikan oleh Dato’ Fuad Bin Abdul Rahman mewakili Yayasan Munarah.
Semoga program yang dilaksanakan ini dapat diambil manfaat oleh para peserta sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
01 Disember 2015
 
Top