28 Oktober 2015 (Rabu) - Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Perkhidmatan Guru-Guru Pendidikan Islam (GPI) Tahun 2015. Kursus ini dilaksanakan di Dewan Auditorium SKM Undang Rembau yang melibatkan seramai 70 orang GPI yang baru berkhidmat pada tahun 2014-2015 di seluruh daerah dalam Negeri Sembilan.
Tn.Haji Musa Bin Lani
Ceramah Kaunseling "Transformasi Minda"
Antara pengisian kursus ialah :
  1. Ceramah Kaunseling bertajuk "Transformasi Minda" yang telah disampaikan oleh En.Haji Musa Bin Lani. Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPNS.
  2. Taklimat Perkhidmatan "Arahan-Arahan dalam Perkhidmatan dan Perintah AM" oleh Pn. Siti Nabilah Bt. Ahmad Rostam. Ketua Unit, Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, JPNS.
  3. Ceramah Perdana bertajuk "Halaqah Ilmu" disampaikan oleh Ust Mohd Hapizi Bin Mohamad Ali. Ketua Unit, Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, SPI.
Kursus ini telah mendapat sambutan dan respon yang baik daripada para peserta kerana disamping mereka didedahkan dengan pengetahuan tentang perkhidmatan, jiwa mereka juga diisikan dengan aktiviti kerohanian yang menenangkan jiwa.
Kursus ini telah disempurna rasmi oleh Tn. Mohd Wazir Bin Hamzah. Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, JPNS
31 Disember 2015
 
Top