PROGRAM HALAQQAH TAFAQQUH FIDDIN GPI RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI PERAK 2015

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pedidikan Perak dengan kerjasama PEKDIS Negeri Perak telah menganjurkan program Halaqah Tafaqquh Fiddin Peringkat Negeri Perak 2015. Program ini diadakan pada 31 Oktober 2015 di  Hotel Ritz Garden, Ipoh. Seramai 800 orang Guru Pendidikan Islam Rendah dan Menengah dijemput sebagai peserta. Program ini bertujuan memberi kefahaman yang betul terhadap isu-isu yang sedang dihadapi oleh umat Islam. Bagi mengupas dan memberi pencerahan terhadap isu-isu semasa yang dikaitkan dengan Islam masa kini, Sektor Pendidikan Islam telah menjemput Sahibul Samahah Dr. Zulkifli Muhammad al-Bakri. Sektor ini turut menjemput Pn. Hjh Norhayati L. Isa Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk merasmikan program tersebut.





                                                                           
       
 
Top