Bengkel Khas Tarannum dan Qiraat ini telah diadakan selama dua hari iaitu pada 13 & 14 September 2015 bertempat di SMKA Naim Lil Banat,Kota Bharu, Kelantan yang telah dirasmikan oleh Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan, Encik Wan Mohd Zuhairi bin Wan Abdullah. Antara aktiviti yang dijalankan dalam bengkel tersebut adalah beberapa cara bacaan tarannum seperti Bayati, Soba dan beberapa lagi tarannum yang telah didedahkan pada hari yang pertama dan hari kedua berkaitan dengan qiraat. Para peserta dikehendaki memperaktikannya pada waktu itu bersama dengan JU.

Impak yang diperolehi dari bengkel tersebut yang mana para peserta telah dapat memperolehi kaedah yang betul dalam proses pengajaran dan pembelajaran tentang tarannum dan qiraat yang terdapat dalam Al-Quran sebagaimana juga sukatan pelajaran kelas KKQ.



 
Top