Bagi memantapkan profesionalisme perguruan, guru-guru harus didedahkan dengan suatu program yang menjurus kepada pemantapan dan percambahan ilmu pengetahuan. Ini bagi memastikan guru sentiasa bersedia dan seiring dengan peredaran masa dalam penyampaian kaedah dan teknik yang berkesan kepada murid-muridnya terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Antara objektif kursus ini
 1)       Peningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang hafazan al-Quran.
2)       Memberi pendedahan kaedah pedagogi berkesan.
3)       Berkongsi ilmu dan kemahiran antara peserta.
 4)    Merapatkan ukhuwwah antara peserta. 

Program diadakan 2 hari tanpa bermalam 16 dan 17 Oktober 2015 (Jumaat dan Sabtu) bertempat di SMKA Kerian dan melibatkan 15 Guru Tahfiz TMUA dan 5 orang Guru Tahfiz KBT. Sebanyak RM1,680.00 telah diturunkan oleh Unit Pembangunan Profesionalisme, BPI, KPM bagi menjayakan kursus di atas.
 
Top