Bengkel Kerja Peningkatan Profesionalisme Pegawai Latihan dan Penyelidikan Bahagian Pendidikan Islam/ Sektor Pendidikan Islam JPN Tahun 2015 ini telah diadakan pada 17 - 19 November bertempat di Pusat Ko-Kurikulum Sg. Tekali, Selangor Darul Ehsan.

Bengkel Kerja ini telah dihadiri oleh 38 orang peserta dari seluruh negeri. Program ini bertujuan menambahkan kemahiran pengurusan pengendalian latihan dan penyelidikan. Peserta program turut didedahkan dengan aktiviti memanah, ikhtiar hidup, scuba dan kayak sebagai satu daripada sisi latihan yang seharusnya dikuasai para pendidik. Secara keseluruhannya, program ini memupuk kejelekitan ukhuwwah dalam kalangan pegawai daripada seluruh negeri  dan membantu memantapkan pengetahuan serta kemahiran mengendalikan latihan yang berbentuk aktiviti luaran.


Sebelum meneruskan aktiviti scuba

Berkayak : Peserta bersiap sedia dengan pendayung masing-masing 

Aktiviti Memanah
 
Top