Pada 10 Jun 2013 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Jabatan Pelajaran Johor telah diadakan Taklimat Standard Operasi Pengurusan di Sekolah - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Johor . Taklimat dipengerusikan oleh Tn.Hj.Mohd Nor bin A.Ghani, Pengarah Pelajaran Johor. 


Peserta yang hadir di Majlis Taklimat ini  terdiri daripada semua pegawai Sektor Pendidikan Islam, Ketua Sektor, KPP Bahagian Teknologi Pendiidkan Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Pendidikan Islam  Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Agama Johor dan Majlis Agama Islam Johor. 




Kemasukan Sekolah Menengah Agama (SMA) atau Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Kerajaan ( Sekolah Agama Bersepadu SRAB) dengan termenterainya MoU pada 14 Ogos 2012 sebanyak 25 buah sekolah menyebabkan satu taklimat khusus berkaitan SOP antara ahli yang terlibat 

Antara agenda yang dibincangakan di dalam mesyuarat tersebut yang berkaitan dengn Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalaha berkaitan denganStandard Operasi Pengurusan (S.O.P) peranan dan tindakikut  antara Jabatan Agama dan Jabatan Pelajaran Johor.

Alhamdulillah taklimat berjalan dengan lancar dan beberapa kesefahaman telah dapat  diambil bagi memartabatkan lagi SABK di negeri Johor. 

Sekian, terima kasih.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

 
Top