Kursus Pengajaran Kaedah Iqra' Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah telah dilaksanakan pada 22 Jun 2013, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat diDewan Persidangan, IPGK Pulau Pinang. Kursus ini adalah kerjasama dengan Syarikat Darul Fikir dan penceramah jemputan dari Darul Fikir iaitu Ustaz Mohd Mukri Bin Haji Abdullah dan Ustaz Dr. Muhammad Furqan bin Muhammad Jamil Rifani. Kursus ini melibatkan 117 orang peserta yang merupakan guru Pendidikan Islam (GPA dan GTPI) serta guru j-QAF ambilan 2008 dan 2009 (yang masih tidak mengikuti kursus).  Dalam kursus ini, para peserta diberi pendedahan berkaitan kaedah membaca dan mengajar Iqra' dengan betul dan berkesan. Kursus ini amat bermanfaat untuk semua peserta untuk meningkatkan kemahiran diri dalam bidang Al-Quran dan diaplikasikan dalam bilik darjah untuk murid-murid. Kos untuk kursus ini adalah sebanyak RM1680.00 daripada Unit Akademik, PPD Timur Laut.
 
Top