Sektor Pendidikan Islam telah mengadakan taklimat kepada 55 orang Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Harian. Taklimat diadakan sebanyak dua siri, iaitu:
1) Hotel Green Park, Temerloh   pada 24-25 Jun 2013
2) Lipis Centrepoint, Kuala Lipis pada 26-27 Jun 2013
Peruntukan sebanyak RM11,608.00 telah diperolehi dari Sektor Pengurusan Sekolah bagi menjalankan sesi taklimat ini. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memperkasakan semula pengurusan kurikulum Panitia Pendidikan Islam samada dari segi fail dan juga program kecemerlangan. Kedua-dua sesi taklimat ini telah dirasmikan oleh KU UPPI, Tn. Hj. Mat Pozi bin Kidam.  
 
Top