Kefahaman GPI tentang penggunaan JSU di dalam membina item
dimantapkan oleh Jurulatih Utama Tasawur Islam Negeri Tuan Haji Md Zain
bin Daud dari SMK Tg. Amalin A'ishah Putri. GPI juga diberi peluang
berbengkel dan membentangkan hasil perbincangan mereka untuk disemak
oleh peserta-peserta kursus yang lain. Ustaz Mohd Shafaee Zakaria selaku
Blogger Tersohor tokburong.wordpress.com juga hadir memberikan selaku
fasilitator untuk memberikan input terbaru bahan-bahan Tasawur Islam
dari blog beliau. Akhirnya pertemuan ini yang dimulakan dengan
pembentangan audit kurikulum JPN Kelantan oleh Us. Wan Zuhairi bin Wan
Abdullah selaku Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam telah berjaya
meninggalkan impak kepada kualiti pembinaan item GPI yang hadir
berkursus.
Home
»
SPI JPN Kelantan
» Bengkel TOT Pembinaan Item Tasawur Islam Dan Pendedahan Penggunaan Modul Spm 2013