Kursus Profesionalisme  Memperkasakan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Guru-Guru Bahasa  Arab PMR Dan SPM 2013 telah dilaksanakan pada 25 Mei2013 di Dewan Seminar, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Seramai 121 orang guru Bahasa Arab PMR dan SPM negeri Selangor telah hadiri kursus tersebut. 

Objektif kursus ialah :


  • Mendedahkan kaedah pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab yang berimpak dan menarik minat murid.
  • Memberi pendedahan cara penggunaan ICT bahasa Arab yang berimpak tinggi dan berkesan untuk P & P
  • Memantapkan kemahiran guru dalam PdP Bahasa Arab
Aktiviti dan Pengisian :


1) Warshah 1 : Ceramah Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran B.Arab Berkesan
      - Penceramah : Ustaz Dedek Febrian (Pensyarah Pusat Bahasa Arab Selangor)
     - Guru diberi pendedahan pelbagai kaedah menarik PdP Bahasa Arab
    
2) Warshah 2 : Ceramah Penggunaan ICT dalam PdP Bahasa Arab Berkesan
     - Penceramah : Ustaz Bashahunnahar Bin Puasa
                             (Pensyarah Pusat Bahasa Arab Selangor)
     - Guru diberi pendedahan cara penggunaan ICT bahasa Arab yang menarik dan
        berkesan sebagai alat bantu belajar yang boleh memberi impak besar kepada
        murid

3) Warshah 3 : Pengurusan Panitia Bahasa Arab
     - Penceramah : Ustaz Ridzuan Bin Sharrif (Sektor Pendidikan Islam)
     - Guru diberi pendedahan cara pengurusan panitia bahasa Arab 
       yang tepat dan betul.
     - Guru mendapat input yang tepat dan betul dalam mengurus panitia Bahasa
       Arab

Keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. 







 
Top