Lawatan Penanda Arasan KAA Selangor Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam tahun  2013

Program lawatan Penanda Arasan ke SMK Seksyen 18, Shah Alam telah dilaksanakan pada 21 Jun 2013 (Jumaat) yang melibatkan guru-guru Bahasa Arab Jabatan Pelajaran Perlis seramai 30 orang termasuk 5 orang pegawai  dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perlis. Antara tetamu VVIP dari BPI, Cyberjaya Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut hadir ialah Ketua Sektor SKSA Tuan Hj Shamsul Shah bin Tarja@Tarjo, Tuan Hj Muhamad Shafie bin Hj Ismail (KU KKQ BPI, KPM) dan Hjh Norhayati binti Hj Zakaria (KU KAA BPI,KPM,) . Manakala rombongan pelawat  JPN Perlis diketuai oleh Tuan Hj Mohammad bin Hj Abd Ghani (KS SPI Perlis).

Tujuan program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada Guru Bahasa Arab di Negeri Perlis melihat dengan lebih dekat kaedah PdP Bahasa Arab & KKQ dan amalan terbaik pengurusan Panitia Bahasa Arab di sekolah Negeri Selangor (SMK Seksyen 18, Shah Alam, Selangor).

Lawatan Penanda Arasan ke KAA Selangor adalah perkongsian maklumat dan pengalaman di atas kecemerlangan Bahasa Arab di kelas KAA yang mempunyai kualiti pelajar yang hampir sama dengan kualiti pelajar di SMKA dan KAA di Negeri Perlis.

Sepanjang program ini berlangsung, para peserta program memberi komitmen yang tinggi dalam mencari input-input positif untuk dibawa balik ke sekolah masing-masing serta diterapkan.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada pihak BPI, KPM, SPI Selangor, PPD Petaling Perdana, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru GKMP, guru-guru SMK Seksyen 18, semua AJK pelaksana, CMJ Resources dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


Semoga program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada kedua belah pihak demi memartabatkan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sebagai mata pelajaran utama lagi membanggakan bukan mata pelajaran ”Killer” . 

Rakaman Peristiwa





 
Top