19 MAC 2015 - KHAMIS: 

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan Kerjasama Bahagian Pendidikan Islam telah mengadakan taklimat mengenai Norma pengiraan Guru Pendidikan Islam.

Taklimat ini adalah bagi menjelaskan isu -isu yang berkaitan dengan norma perjawatan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Rendah. Penjelasan ini dilakukan bagi menerangkan maksud dan tujuan Surat Pekeliling Iktisas KPM Bilangan 2 Tahun 2015 : Pelaksanaan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam di Sekolah Rendah, KPM . 

Sebanyak empat tajuk telah di bentangkan sepanjang taklimat tersebut. Antara penceramah yang terlibat adalah antaranya Ustaz Mohamad  Sahrin bin Kadmo dari Unit Dasar BPI bertajuk : Penerangan SPI Bil 2/2015 dan FAQ, Ust. Muhamed Zamri bin Basari : Pengurusan Program j-QAF, Ust. Mohd. Fadzil bin Muslim  dari Unit Dasar bertajuk :Simulasi Penjadualan GPI dan Ust. Ahmad Suhaimi binMd. Isa dari BPK bertajuk Pengurusan GPI di SK Pendidikan Khas.

Seramai 60 peserta terlibat di dalam taklimat ini melibatkan pegawai dari Pegawai - pegawai di Jabatan dan Semua Pejabat Pendidikan Darah dari Negeri Johor, Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Taklimat ini telah di rasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,   Pn Hajjah Norhayati binti Lebai Isa





19 Mac 2015
 
Top