12 Mac 2015 - Unit Pengurusan Pendidikan Islam (UPPI), Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Melaka telah mengadakan Bengkel Pemurnian Pendidikan Islam PT3 yang menghimpunkan seramai 150 orang Guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah masing-masing pada tahun ini.
Pada bengkel yang dijalankan selama 2 petang ini iaitu sejak petang semalam (11 Mac 2015), semua peserta telah diberikan pelbagai pendedahan berkaitan oleh Ustaz Wan Chik bin Wan Taha selaku Ketua Pentaksir Negeri dan dibantu oleh 3 orang Jurulatih Utama Daerah iaitu Ustaz Zahari bin Awang, Ustaz Hanafiah bin Yusuf dan Ustaz Salleh bin Maslan.
Majlis perasmian penutupnya telah disempurnakan oleh Ybhg. Tn. Hj. Ahmad Hamizi bin Hj. Abu Hassan, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Melaka.
Dalam ucapannya, beliau melahirkan harapan yang tinggi agar semua GPI bergerak sebagai satu jamaah dan fikrah yang sepadu dengan niat untuk melahirkan anak didik yang soleh dan mempunyai kehebatan akademik yang dikagumi. Berpandukan motto "Memacu Kecemerlangan Pendidikan Islam", beliau berharap agar GPI sentiasa mengutamakan semangat ukhuwwah yang mempunyai kejelitan dengan pentadbir dan sesama GPI agar segala aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan mudah lagi diberkati. Jadilah sebagai murabbi yang disegani dan boleh diteladani.
Turut hadir, Ustaz Anuar bin Suboh, Penolong Pengarah Pendidikan Islam (Elektif), Ustaz Mohamad Saffiruddin bin Abu Bakar, Penyelia Penempatan dan Pertukaran Guru SPI, Ustaz Hj. Hassan bin Mohd. Said, Penolong PPD Melaka Tengah, Ustaz Abdullah Suhaimi bin Jaafar, Penyelia Pendidikan Islam PPD Jasin dan juga Ustaz Anwar bin Yahya, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Alor Gajah.



12 Mac 2015
 
Top