02 MAC 2015, ISNIN - PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING
Unit Dakwah dan Kepimpinan dengan Kerjasama Unit Pendidikan Islam PPD daerah Mersing telah mengadakan Multaqa Guru Pendidikan Islam bagi Daerah Mersing. Multaqa ini telah di hadiri oleh seramai 200 Guru Pendidikan Islam dari Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu di Daerah Mersing
Mulataqa ini telah di sempurnakan dan ucaputama oleh Pn Hajjah Che Selamah Binti Che Nik Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Di Mulataqa ini juga telah di sempurnakan peyampaian Khairiat kepada 2 Guru Pendidika Islam yang telah di timpa musibah iaitu Ustaz Jamal bin Yasin dan Ustazah Rosliza binti Ghazali