





"JOM BERSAMA MEMACU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM" - KS
14 Feb. 2015 - Seramai 138 Setiausaha Panitia Pendidikan Islam (PPI) dan Penyelaras j-QAF sekolah rendah Daerah Melaka Tengah telah dihimpunkan dan diberi taklimat berkaitan pengurusan Panitia Pendidikan Islam. Program anjuran Unit Pengurusan Pendidikan Islam (PPI), SPI Melaka ini telah diadakan dengan tujuan memberikan pelbagai info terkini berkaitan senario Pendidikan Islam.
Dalam taklimat ini, para peserta telah diberikan taklimat berkaitan pengurusan panitia yang menyentuk tentang pengurusan fail, rph, j-QAF dan juga perancangan dan hala tuju SPI ke arah memacu kecemerlangan pendidikan Islam yang telah menjadi moto SPI bagi tahun 2015.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Melaka.
Dalam ucapannya, beliau menekankan agar semua GPI sentiasa meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan diri sebagai usaha kita memartabatkan Pendidikan Islam di persada pendidikan negara. Beliau juga menyeru agar semua GPI bersama berganding bahu membuat perancangan yang sistematik seterusnya memastikan pelaksanaannya dapat disempurnakan dengan cemerlang dan berkesan sebagai 'instructional role model'.
Hadir sama, Ustaz Che Mat bin Che Leh, Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Ustaz Hj. Hasan bin Md. Said, Penolong PPD (Pendidikan Islam) PPD Melaka Tengah, semua pegawai Unit PPI dan jurulatih utama Pendidikan Islam negeri Melaka.