28 Feb. 2015 - Taklimat anjuran Unit Pengurusan Pendidikan Islam (PPI), SPI JPN Melaka kali ini telah diadakan untuk GPI SR Daerah Alor Gajah. Seramai 112 Setiausaha Panitia Pendidikan Islam dan Guru Penyelaras j-QAF terlibat kali ini. Taklimat yang sama untuk Daerah Melaka Tengah telah dilaksanakan di Dewan Bestari pada 14 Februari lalu manakala bagi Daerah Jasin pula akan diadakan di PPD Jasin pada 7 Mac kelak.
Pelbagai pendedahan berkaitan pengurusan PdP dan Panitia telah diberikan oleh pegawai SPI yang diketuai oleh Ustazah Robiah bt. Said dan Ustaz Norhisham bin Miswan dengan dibantu Jurulatih Utama Pendidikan Islam negeri Melaka.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Melaka.
04 Mac 2015
 
Top