14 Ogos 2013 - Bertempat di Bilik Anjung Ilmu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, taklimat SPL KPM telah disampaikan kepada semua pegawai Sektor Pendidikan Islam. Objektif taklimat ini diadakan untuk memantapkan lagi kefahaman pengurusan latihan kepada semua pegawai SPI, JPNT. Seramai 22 orang telah hadir ke taklimat di atas dan membelanjakan RM264.00 peruntukan JPNT. Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam telah sudi merasmikan taklimat pada kali ini. Semua pihak yang hadir menunjukkan minat yang tinggi semasa taklimat yang diadakan. Ia berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang dikehendaki.
14 Ogos 2013
 
Top