Daurah Mursyid peringkat negeri Terengganu diadakan sebanyak dua kali iaitu pada  13 Januari 2013 dan 29 April 2013 di Hotel Permai Kuala Terengganu dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ( BTPN ).  Bagi Daurah Mursyid peringkat Negeri kali pertama dan Daurah Peringkat Kabangsaan di Institut Aminudin Baki, Pahang, kos yang dibelanjakan adalah RM 11,000.00 menggunakan peruntukan Bahagian Pendidikan Islam. Tuan Haji Wan Said b Wan Salleh telah sudi hadir merasmikan Daurah Mursyid kali pertama di Hotel Permai Kuala Terengganu.

Seramai 50 orang hadir ke Daurah Mursyid kali pertama dan kali kedua. Peruntukan aktiviti menengah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu digunakan bagi program ini berjumlah RM 350.00. Begitu juga untuk program peringkat negeri kali kedua menggunakan peruntukan dan jumlah yang sama diadakan di Bilik Duyong, BTPN Marang Terengganu. Bagi Daurah kali kedua Timbalan Pengarah IPA BPI, KPM telah sudi merasmikan Daurah peringkat Negeri Terengganu kali kedua.   
13 Ogos 2013
 
Top