Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) di atas bagi mata pelajaran Pendidikan Islam telah berjaya dilaksanakan di Daerah Dungun pada 11-14 Jun 2013 dan pada 18 - 21 Jun 2013 di Daerah Marang, Setiu, Besut dan Kuala Terengganu. Sementara baki di dua daerah akan diadakan pada 18 - 21 Julai di Kemaman dan 20 - 23 Ogos 2013 bagi Daerah Hulu Terengganu tetapi telah ditangguhkan.
Bagi Mata pelajaran Bahasa Arab pula Daerah Daerah Marang telah berjaya melaksanakan kursus berkenaan pada 18 - 21 Jun 2013 dan dan Daerah Setiu pada 11 - 14 Jun 2013, sementara baki bagi daerah yang belum dilaksanakan ditangguhkan.
Menggunakan peruntukan daripada Bahagian Pendidikan Guru, seramai 350 orang guru sepatutnya hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan 339 orang guru bagi mata pelajaran Bahasa Arab pada kadar RM 12.00 seorang selama 4 hari untuk makan dan minum sepanjang kursus diadakan termasuk satu hari tidak berkerja. Sementara untuk bahan, peruntukan sebanyak RM 12.00 disediakan bagi seorang peserta kursus.
Pengisian kursus ini merangkumi Taklimat Umum KSSR, PBS, The World Has Changed, Konsep Pendidikan Islam, HOTs, DSK, DSP, RPH dan SPPBS. Guru-guru yang hadir telah memberi kerjasama dan maklum balas yang sangat baik.