8-10 Mei 2013 - Bertempat di Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highlands, Pahang kursus yang dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh telah berjaya dilaksanakan. Seramai 65 orang guru yang mewakili sekolah terpilih hadir ke kursus ini.
 Ia bertujuan meningkatkan pemantapan dan penguasaan kaedah pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru dan memotivasikan kecemerlangan guru Pendidikan Islam. Disamping itu guru-guru mendapat input, pandangan dan saranan baru serta motivasi ke arah mengubah pemikiran dalam mewujudkan guru berkesan di sekolah.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini adalah Kembara Kerjaya Cemerlang, Bengkel Item serta Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Kreatif telah memberi samangat baru kepada semua guru yanng hadir. Program ini mendapat peruntukan daripada peruntukan aktiviti menengah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang berjumlah RM 17,420.00




04 Ogos 2013
 
Top