
Taklimat SPL KPM kepada semua pegawai SPI Melaka telah diadakan pada 23 Julai 2013 di Bilik Wira Perkasa, JPM Bukit Baru Melaka. Taklimat ini telah dihadir oleh Ustaz Che Mat bin Che Leh memangku Ketua Sektor Pendidikan Islam Melaka dan 10 orang pegawai. Taklimat bermula jam 9.00 pagi. Sepanjang taklimat, para pegawai telah didedahkan dengan beberapa kemahiran berkaitan SPL KPM oleh Ustaz Mohamad Saffiruddin selaku Pegawai Kajian dan Latihan BPI dan SPI.