Taklimat telah disampaikan oleh Tn.Hj.Khahar bin Bachok, Penolong Pengarah Operasi j-QAF, SPI, JPNJ. Jumlah sekolah yang terlibat ialah 130 buah SJK(C) & SJK(T) negeri Johor yang terdiri daripada guru besar dan pelatih j-QAF atau Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI).
Taklimat Perluasan Program j-QAF di SJK Cina dan SJK Tamil
Pada 22 Februari 2013 (Jumaat) telah diadakan taklimat Perluasan Program j-QAF di SJK(C) dan SJK(T) Negeri Johor 2013 bertempat di Dewan Seminar, Jabatan Pelajaran Johor. Majlis bermula jam 2.30 ptg dan berakhir jam 4.30 ptg. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Tn.Hj.Abdul Aziz bin Abdullah, ketua Sektor, sektor Pendidikan Islam, JPNJ. Turut hadir ialah En.Mohd Hanafi bin Samad, Ketua Unit Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah.
16
Julai
2013