Taklimat Pengurusan Cuti
24 Julai 2013 - Bertempat di Pusat Kegiatan Guru Teruntum Kuantan, satu sesi taklimat tentang pengurusan cuti telah diadakan oleh Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang. Peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan SPI seramai 20 orang. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Jamil bin Mohd. Salleh, Pegawai Eksekutif Tinggi di Unit Perjawatan Dan Perkhidmatan. Taklimat dipengerusikan oleh Tuan Haji Ramzan bin Muhamad, Ketua Sektor SPI. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberikan penerangan yang jelas tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan cuti, iaitu cuti rehat, cuti sakit, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.
25
Julai
2013