Pada 15 Ramadan 1434 bersamaan dengan 24 Julai 2013, satu sesi taklimat tentang pengurusan SPL KPM peringkat SPI Pahang telah diadakan. Taklimat yang dijalankan di Pusat Kegiatan Guru Teruntum Kuantan ini telah disampaikan oleh En. Fatthul Mueim bin Bustaman, Pegawai Latihan Dan Penyelidikan Sektor Pendidikan Islam Pahang. Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan SPI telah hadir bagi mendengar taklimat yang disampaikan. Tuan Haji Ramzan bin Muhamad, Ketua Sektor SPI turut sama hadir dalam sesi taklimat selama 2 jam ini. Peserta telah didedahkan mengenai tanggungjawab untuk menguruskan sistem ini serta cara-cara untuk menggunakannya dengan betul. Diakhir sesi taklimat, Ketua sektor berharap agar semua pegawai dapat memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan tanggungjawab ini.
25 Julai 2013
 
Top