Tanggal 10 hingga 11 Januari 2013 yang lalu telah berlangsung Program Daurah Mursyid Peringkat Negeri bertempat di Pusat Biro Wanita Kuching. Program anjuran SPI JPN Sarawak tersebut telah disertai seramai 40 orang guru pendidikan Islam dari sekitar Kuching dan Samarahan.
Antara objektif program ini ialah :
1. Menyeragamkan pandangan dan pendekatan ilmu Sunnah wal Jamaah
2. Melahirkan Ketua Mursyid yang berkemampuan untuk menyampaikan kepada mursyid di daerah masing-masing.
3. Melahirkan Ketua Mursyid yang mempunyai komitmen tinggi dalam usaha Dakwah.
4. Meningkatkan keupayaan GPI dalam menyampaikan ilmu pengetahuan di lokasi masing-masing.
Pembentangan kertas konsep telah disampaikan oleh Ustaz Nazaruddin daripada BPI. Manakala majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Sarawak.
- MMM PP SPI JPNS
22 Julai 2013
 
Top