Program Pemantauan Penataran Kursus KSSR Bahasa Arab & Pendidikan Islam Tahun 4 dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Daerah di Negeri Sabah telah diadakan mulai bulan Jun sehingga Oktober 2013, melibatkan 24 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). PPD Papar di antara PPD terawal yang melaksanakan program ini. Progr meam ini juga melibatkan Guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, iaitu seorang guru bagi mewakili setiap sekolah. Di antara objektif program ini adalah, pertama;,Memastikan kandungan dan maklumat Kursus KSSR & PBS disampaikan kepada semua sekolah Negeri Sabah. Kedua; Mempastikan KSSR & PBS dilaksanakan seperti dasar yang telah ditetapkan oleh KPM.
15 Julai 2013
 
Top