Taklimat di atas telah diadakan dua kali iaitu kepada 50 orang pegawai SPI dan PPD dan kali kedua kepada 70 orang Pengetua SABK.  Pada 9 Januari 2013, bertempat di Bilik Mesyuarat Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur di Besut Terengganu, taklimat di atas telah diadakan dan sejumlah RM350.00 peruntukan daripada JPNT dibelanjakan bagi tujuan ini.  Taklimat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam. Pada 21 Februari 2013 pula bertempat di bilik Mesyuarat SMKA Nurul Ittifaq, Besut Terengganu ia diadakan untuk pengetua SABK dengan menggunakan jumlah dan peruntukan yang sama. Taklimat ini diadakan untuk memberi kefahaman kepada semua yang terlibat tentang fungsi dan peranan pengurusan dakwah.
05 Mac 2013
 
Top