Seminar Guru Pendidikan Islam Berjawatan Negeri Pahang 2013
15-16 Mac 2013 - Bertempat di Bukit Gambang Resort City, SPI dengan kerjasama Majlis Guru Pendidikan Islam Berjawatan Negeri Pahang (MGPIBP) telah menganjurkan Seminar Guru Pendidikan Islam Berjawatan Negeri Pahang 2013. YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Diraja Hj. Adnan bin Hj. Yaakob, telah menyempurnakan perasmian pembukaan seminar ini. Peserta seminar terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK Kokurikulum dan Ketua Bidang dalam kalangan Guru Pendidikan Islam di sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Pahang seramai 355 orang. Kos keseluruhan seminar sebanyak RM70,000.00 telah disumbangkan oleh Pejabat Menteri Besar dan JASA. Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk mendedahkan kepada para peserta seminar kepada isu-isu semasa dunia pendidikan Malaysia serta memperbaharui tekad, azam dan iltizam peserta dalam menguruskan sekolah.
17
Mac
2013