BPI KPM telah menghantar emel kepada SPI JPN ( U.P. : Pegawai Latihan SPI ) bagi menguruskan sampel kajian keberkesanan akademik pelajar-pelajar asrama. Sampel kajian ini memerlukan soal selidik pelajar asrama, guru dan pentadbir SMKA. Semua instrumen dan surat pernyataan telah selamat diterima dan sedang dikaji dan diambil tindakan.
Sampel kajian tersebut sebagaimana berikut;
- Bilangan sampel murid tidak lebih dari 50 sampel (instrumen) bagi setiap negeri
- Bilangan sampel bagi guru tidak lebih dari 3 org guru bagi setiap SMKA yg dikaji
- Bilangan Sampel bagi pentadbir sekurang-kurangnya seorang samada pengetua atau guru penolong kanan bagi setiap SMKA yang dikaji
- Instrumen guru dan instrumen pentadbir perlu di key in maklumat mengikut format instrumen ke dalam microsoft Excel yang telah disediakan
- Maklumat yang telah siap di key in perlu dihantar ke urusetia kajian BPI sebelum atau pada 8 April 2013 di alamat : afandi.yusoff@moe.gov.my
- Instrumen murid perlu dikumpulkan oleh SPI JPN dan dihantar secara pos atau kiriman melalui pegawai ke urusetia kajian BPI