Taklimat telah diadakan 2 siri untuk zon yang berbeza. Zon Seberang Perai telah diadakan pada hari Rabu, 27 Februari 2013 jam 2.00 petang hingga 5.00 petang di PPD Utara sementara Zon Pulau pula telah diadakan pada hari Isnin 4 Mac 2013 jam 2.00 hingga 5.00 petang di Masjid Negeri Pulau Pinang. Program ini melibatkan semua Ketua Panitia Pendidikan Islam iaitu seramai 290 orang dan bertujuan memperkasakan Panitia Pendidikan Islam. Taklimat Pengurusan Panitia dan Taklimat Pelaksanaan Program j-QAF 2013 telah di sampaikan oleh Us Mohd Rozee B Abdul Razak dan Us Azmi B Abdul Hamid. Kos untuk taklimat ini adalah sebanyak RM1015.00 daripada Unit Sekolah Rendah.
07 Mac 2013
 
Top