Sektor Pendidikan Islam dengan kerjasama PEKDIS Cawangan Pahang telah mengadakan 11 siri Multaqa Guru Pendidikan Islam di seluruh negeri. Multaqa ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah dalam kalangan GPI dan pegawai di JPN dan PPD, disamping menyampaikan maklumat terkini tentang isu pendidikan di Malaysia dan Pahang khususnya. Sesi multaqa ini bermula dari 20 Februari hingga 21 Mac 2013. Ia diadakan di 11 daerah seluruh negeri Pahang dan dijalankan di sekolah-sekolah terpilih di daerah tersebut. Seramai 4011 orang Guru Pendidikan Islam seluruh negeri Pahang telah menghadiri multaqa tersebut. Semua siri multaqa ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor SPI, Tn. Hj. Ramzan bin Muhamad. PEKDIS telah mengeluarkan kos sebanyak RM20,055.00 bagi menjayakan program yang sangat bermanfaat ini.
22 Mac 2013
 
Top