SPI, JPN Sabah - 19 Mei 2014 berlangsung Kursus Tahsin Al-Quran Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah bertempat di Kolej Komuniti Beaufort. Peserta yang terlibat dalam kursus Tahsin Al-Quran pada kali ini adalah seramai 48 orang terdiri daripada Ketua-Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Penyelaras Program j-QAF di Daerah Beaufort, Sabah. Para peserta kursus berasa bertuah kerana terpilih untuk mengikuti kursus ini. Di samping itu, kursus Tahsin Al-Quran ini boleh meningkatkan kemahiran mereka di dalam Kemahiran Membaca Al-Quran semasa proses pengajaran dan pembelajaran anak murid di sekolah. Penceramah jemputan ialah Ustaz Yusof Ali, Ketua Penolong Pengarah, SPI, JPN Sabah.





  

 
Top